Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan dapatkan dos ketiga mencukupi untuk semua penduduk negara
Diterbitkan:  Oct 29, 2021 5:20 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

BELANJAWAN 2022 | Dalam usaha memperkasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kerajaan akan membekalkan dos ketiga kepada semua orabg dewasa, dan pada masa sama meneruskan vaksinasi kepada individu berusia 12 tahun hingga 17 tahun.

Untuk itu kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz kerajaan menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos iaitu bersamaan lebih 140 peratus penduduk negara ini.

Katanya jumlah itu cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas.

Semasa membentangkan belanjawan hari ini Tengku Zafrul juga menyatakan rasa penghargaannya kepada ahli parlimen yang memberikan sokongan penuh kepada kerajaan mendapatkan dos tambahan tersebut.

"Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan kepada semua ahli parlimen yang sebulat suara meluluskan pindaan akta untuk membenarkan kegunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara bagi membiayai perolehan vaksin Covid-19.

"Dengan pindaan ini, kerajaan akan berbelanja sebaiknya bagi memenuhi keperluan vaksinasi dalam memulih semula dan membina daya tahan buat rakyat dan perniagaan," katanya.

Lihat Komen
ADS