Bantuan Khas Kewangan bernilai RM700 akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah.
Menteri Kewangan, Tengku Tengku Abdul Aziz berkata ia bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam.
Tengku Zafrul berkata, Bantuan Khas Kewangan bernilai RM350 pula diberi kepada pesara kerajaan.
"Bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.
"Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2022, di Parlimen, hari ini.
