Pensyarah UIA: Jangan pandang ringan kes murtad
Ekslusif Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, jumlah umat Islam yang murtad mungkin kecil berbanding dengan dakwaan ratusan ribu orang oleh tokoh dan badan-badan agama, namun ia tidak boleh dipandang ringan.
Ekslusif Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, jumlah umat Islam yang murtad mungkin kecil berbanding dengan dakwaan ratusan ribu orang oleh tokoh dan badan-badan agama, namun ia tidak boleh dipandang ringan.
Katanya, walaupun jumlah kes murtad tidak banyak dicatatkan oleh mahkamah syariah negeri, jabatan agama Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tetapi ia mungkin merupakan sebahagian kecil sahaja daripada permasalahan tersebut yang dapat dikesan setakat ini.
Sebaliknya, kata Dr Shamrahayu, Insiden murtad di kalangan umat Islam, adalah lebih besar dan tetap memerlukan perhatian segera pihak brekuasa dan masyarakat Islam dendiri.
"Apakah kita hendak menunggu sehingga keadaan sudah sampai ke tahap serius dan merbahaya, baru kita mahu mencari penyelesaiannya," katanya ketika ditemui di pejabatnya.
Shamrahayu berkata, data yang diperolehi dalam kajiannya mengenai murtad berbeza sedikit daripada hasil kajian Dr Mohd Azam Mohd Adil (kanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Minggu lalu Dr Azam dilaporkan berkata, rekod JPN antara tahun 1999 dan Julai 2003 menunjukkan hanya berlaku 220 penukaran nama dari Islam kepada bukan Islam dalam kad pengenalan.
Hasil yang sama
Profesor undang-undang itu berkata, negeri yang paling banyak mencatatkan pertukaran agama ialah Negeri Sembilan, dengan 16 kes yang diluluskan oleh mahkamah syariah sepanjang tempoh berkenaan.
Azam membuat kesimpulan bahawa angka rasmi itu sedikit sebanyak telah memberi gambaran mengenai masalah murtad di Malaysia.
Oleh itu, katanya, tokoh-tokoh awam sepatutnya tidak membuat kenyataan mengenai isu-isu sensitif seperti itu tanpa berasaskan kepada bukti dan fakta yang berwibawa, manakala pertubuhan dan orang ramai pula mesti mengesahkan kesahihan sebarang berita mengenainya, sebelum mengambil sebarang tindakan.
Dr Shamrahayu berkata, sebagai contohnya, data yang diperolehinya dari JPN dan mahkamah syariah di Negeri Sembilan untuk tempoh tahun 1999 hingga 2005 adalah hampir sama dengan hasil kajian Dr Azam.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bersetuju dengan kesimpulan Azam bahawa angka tersebut merupakan satu petunjuk yang wajar mengenai masalah tersebut.
"Terdapat ramai lagi yang mengamal atau menganut agama lain daripada Islam tetapi tidak bersedia untuk mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka bukan Islam," kata Dr Shamrahayu.
"Dari pandangan keagamaan, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah bagi mengekangnya walaupun jika hanya terdapat 1,000 kes seumpama itu di negara yang mempunyai 10 juta umat Islam," tegasnya.
Menurutnya, institusi awam dan Islam telah memberi tumpuan kepada empat matlamat syariah memelihara kehidupan, intelek, harta dan keturunan tetapi mengabaikan matlamat kelima dan yang paling penting, iaitu memelihara kepercayaan umat Islam.
"Keutamaan sepatut sebaliknya, kerana apabila anda memelihara kepercayaan itu, empat lagi matlamat tersebut akan menyusul," katanya.
Jakim diminta bertindak
Selain mendidik umat Islam mengenai agama mereka, pihak perkuasa juga mest meluaskan hukuman terhadap kes-kes murtad yang sudahpun dilaksanakan di Pahang, Perak, Melaka, Sabah dan Terengganu, ke negeri-negeri lain di Malaysia.
Empat daripada negeri tersebut telah mengenakan hukuman bagi kesalahan murtad dengan mengenakan denda tidak melebihi RM3,000 dan/atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Undang-undang Syariah negeri Pahang pula mengandungi hukuman paling berat, di mana mereka yang disabitkan dengan kesalahan murtad, boleh didenda tidak melebih RM5,000 dan/atau penjara tidak melebihi tiga tahun, dan kemungkinan dikenakan hukuman enam kali sebat.
Manakala seorang lagi pensyarah undang-undang UIA, Dr Abdul Aziz Bari, menggesa Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) supaya memberi angka sebenar umat Islam yang telah murtad, jika jumlahnya tidak seramai yang didakwa oleh khabar-khabar angin yang disebarkan.
Mengulas kritikan terhadap Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria kerana mendakwa 100,000 orang Melayu telah menganut agama Kristian dan 100,000 lagi telah memohon berbuat demikian, Dr Abdul Aziz berkata, Jakim telah menolak permintaan Harussani supaya memberi angka sebenarnya.
"Kerajaan mempunyai mandat untuk menangani dan memperjelaskan isu sebenarnya. Tanggungjawab itu terletak pada Jakim untuk menyatakan angka sebenarnya. Juga seperti angka Asli yang dipertikaikan, pihak kerajaan tidak boleh berterusan begitu...bagi mengelak rasa malu, ia menyembunyikannya," tegasnya. Berita asal

