Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS akhirnya putuskan guna lambang PN di Melaka
Diterbitkan:  Nov 2, 2021 7:57 AM
Dikemaskini: 11:57 PM

PAS akan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan di laman sosial Facebook memaklumkan, perkara itu diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada 1 Nov di Pejabat Agung PAS Pusat telah meluluskan penggunaan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri Melaka,” katanya.

Abdul Hadi berkata ketetapan itu telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang semalam, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS.

- Bersatu

Lihat Komen
ADS