Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Nik Nazmi dakwa pengerusi Umno Melaka langgar SOP
Diterbitkan:  Nov 8, 2021 1:45 PM
Dikemaskini: 5:52 AM

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan tindakan Pengerusi Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh yang membawa rombongan penyokong ketika sesi penamaan calon.

Katanya, Ab Rauf membawa kira-kira 20 rombongan penyokong termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, jelas melanggar peraturan ditetapkan.

"Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusof bawa rombongan 20 orang termasuk NajibRazak untuk penamaan calon PRN Melaka, langgar SOP (prosedur operasi standard) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"@IsmailSabri60 apa tindakan kepada mereka? Takkan parti sendiri dapat 'lesen special kot'. Kita kan #KeluargaMalaysia," ciapnnya di laman sosial Twitternya.

Ab Rauf yang juga bekas setiausaha kerjasa Umno dicalonkan BN bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Semalam, SPR melarang aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti politik bertanding di mana-mana pusat penamaan calon sepanjang tempoh penamaan calon bagi PRN Melaka esok.

Pertembungan tiga penjuru di DUN berkenaan yang Mana Ab Rauf bakal dicabar calon dari Bersatu Mas Ermieyati Smsudin mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Zainal Hassan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak berkata hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

“Penyokong-penyokong parti politik yang diwakili oleh bakal-bakal calon tidak dibenarkan hadir ke pusat penamaan calon,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Bernama melaporkan polis menerima dua laporan berhubung tindakan calon membawa penyokong di dua pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Melaka Razali Abu Samah berkata laporan membabitkan kejadian di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara serta Kompleks Komuniti Desa (KKD) Telok Mas di Melaka Tengah.

"Terdapat antara 20 hingga 25 penyokong yang berkumpul kira-kira 100 meter dari pusat-pusat penamaan calon berkenaan namun disuraikan anggota polis yang bertugas.

"Arahan penyelarasan tugas telah dikeluarkan bahawa laporan polis hendaklah dibuat kepada mana-mana pihak yang membawa penyokong di pusat penamaan calon," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa meninjau proses penamaan calon di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara hari ini.

Sementara Kompleks Komuniti Desa Telok Mas di Melaka Tengah, merupakan lokasi berlangsungnya pencalonan bagi kerusi DUN Telok Mas (N 23) membabitkan pertandingan empat penjuru iaitu Mohd Rafiq Naizamohideen dari PN, Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas), Ashraf Mukhlis Minghat (PH) dan Abdul Razak Abdul Rahman (BN).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas, susulan empat Ahli DUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.

Lihat Komen
ADS