Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Adun Sungai Pelek Ronnie Liu gagal dalam cubaannya mempertahankan jawatan setiausaha DAP Selangor selepas tewas dalam pemilihan jawatankuasa kepimpinan negeri itu.

Dia hanya memperoleh 477 undi, meletakkannya pada kedudukan ke-17.

Sementara itu, penyandang jawatan pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo menduduki tempat kelima dengan jumlah 615 undi, memastikan dia mendapat tempat dalam kepimpinan negeri.

Pemilihan DAP negeri merupakan proses dua peringkat yang mana perwakilan hanya mengundi 15 calon teratas dalam jawatankuasa kepimpinan negeri.

Calon-calon ini kini akan mengundi sesama mereka untuk memilih siapa yang akan menduduki pelbagai jawatan dalam jawatankuasa kepimpinan, termasuk pengerusi.

Sementara itu, Adun Sekinchan dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim memperoleh undian tertinggi – 786.

Senarai 15 calon terbaik dalam pilihan raya dan jumlah undi yang mereka perolehi adalah seperti berikut:

1. Ng Suee Lim (786)

2. Ng Sze Han (699)

3. Tiew Way Keng (667)

4. Ganabatirau Veraman (633)

5. Gobind Singh Deo (615)

6. Ean Yong Hian Wah (610)

7. Eric The Hoong Keat (591)

8. Ong Kian Ming (574)

9. Wong Siew Ki (562)

10. Edry Faizal Eddy Yusof (561)

11. Jamaliah Jamaluddin (543)

12. Tony Leong Tuck Chee (540)

13. Lau Weng San (521)

14. Lee Fu Haw (514)

15. Papparaidu Veraman (504)

Seramai 1,116 perwakilan hadir pada Konvensyen Biasa DAP Selangor 2021 di Shah Alam hari ini, bersamaan dengan kadar keluar mengundi 72.4 peratus.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen