Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jho Low beritahu Najib jangan cakap banyak pada juruaudit - saksi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Jho Low memberitahu perdana menteri sebelum ini Najib Razak untuk tidak bercakap banyak dalam pertemuan dengan juruaudit KPMG berkaitan pelaburan luar negara 1MDB.

Bekas ketua pegawai kewangan 1MDB Azmi Tahir berkata Jho Low memberitahu perkara itu kepada Najib melalui e-mel bertarik 15 Disember 2013.

Saksi ke-12 pendakwaan itu berkata, e-mel bertajuk Urgent: Briefing Package for YAB PM itu turut dihantar kepadanya sebelum mesyuarat dengan KPMG, anggota lembaga pengarah 1MDB dan beberapa pihak lagi di rumah Najib pada tarikh sama.

Dalam prosiding September lalu, saksi kesepulun pendakwaan Mohd Hazem Abd Rahman yang juga bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB berkata pegawai KPMG bertemu dengan Najib pada 15 Disember 2013.

Pertemuan itu berkaitan soalan KPMG berkaitan butiran pelaburan AS$2.3 bilion dalam Brazen Sky Ltd, yang diperbadankan di British Virgin Islands, terutamanya berkaitan aset-aset yang dipegang.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa langkah itu sebagian daripada jejak kewangan yang rumit dengan niat memasukkan dana ke dalam akaun peribadi Najib.

Semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya T Deepa Nair pagi ini, Azmi berkata e-mel itu memberikan talking point (panduan percakapan) kepada najib dan saksi ketika bertemu dengan pegawai KPMG.

“Oleh kerana YAB PM telah diberi taklimat oleh pengerusi dan pengurusan 1MDNB beberapa kali, YAB PM disarankan tidak terlibat dalam perbincangan panjang dengan KPMG berkaitan isu itu, walaupun YAB PM boleh menawarkan kepada mereka peluang ringkas untuk memberi pandangan.

“YAB PM akan menyatakan bahaya dia telah diberi taklimat dan mendengar daripada kedua-dua belah pihak, dan tahu berkaitan transaksi dan tidak selesa memberikan kepada mereka semua faktanya,” kata Azmi, membawa e-mel yang dikatakan dihantar oleh Jho Low.

Saksi juga memberitahu hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa Jho Low turut mengarahkan Najib menyatakan keyakinannya berkaitan Bank BSI, susulan fakta-fakta diberikan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS