MP: Keris sebahagian daripada budaya Melayu
Menghunis keris bukan satu tindakan provokasi dan tidak juga melambangkan keganasan, kata seorang penyokong kerajaan, Md Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) di Dewan Rakyat hari ini.
Menghunis keris bukan satu tindakan provokasi dan tidak juga melambangkan keganasan, kata seorang penyokong kerajaan, Md Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam soalan tambahannya kepada Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Wong Kam Hoong, Md Alwi bertanya sama ada kementerian akan mengajar bukan Melayu bahawa keris merupakan komponen penting dalam budaya Melayu.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein telah menghunis keris dan menciumkan sewaktu perhimpunan agung pergerakan itu minggu lalu, sesuatu yang dianggap oleh bukan Melayu sebagai tindakan provokasi.
"Orang Cina tidak faham budaya Melayu, sepertimana juga orang Melayu tidak faham budaya Cina," kata Alwi.
Katanya, keris menjadi lambang keadilan dan kehormatan bangsa (Melayu) dan apabila seseorang raja itu ditabalkan, baginda mempunyai dua keris satu panjang, satau pendek.
"Raja juga menghunis kerisnya, menciumnya dan menyarungkan semula," katanya.
Dalam jawapannya, Woang berkata, kementeriannya mempunyai rancangan untuk mengadakan satu acara kebudayaan untuk membolehkan rakyat Malaysia lebih memahami budaya satu sama lain.
Pengantin lelaki
Ketika ditemui di lobi Parlimen, Md Ali berkata, adalah betul untuk melihat keris sebagai satu simbol konflik.
Beliau menunjuk kepada lukisan raja-raja dahulu yang tergantung di dinding di mana masing-masing mempunyai sebilah keris.
Selain itu, katanya, dalam perkahwinan orang Melayu, pengantin lelaki juga memakai kerusi "dan itu tidak bermakna yang dia mahu membunuh isterinya".
Beliau turut menyebut beberapa simbol yang menurutnya juga tidak disenangi oleh orang Melayu.
Bagi orang Melayu, katanya, naga dianggap sebagai raksasa dan membawa kavadi (foto) pula dianggap menyeksa diri.
"Tetapi itu adalah budaya (orang Cina dan India) kita faham bahawa naga adalah simbol kuasa dan membawa kavadi adalah simbol pembersihan diri," katanya.
Md Alwi juga gambar keris pada bendera Umno, tetapi ia tidak bermakna parti itu mahu "membunuh" sesiapa.
Secara menyindir, beliau turut menyentuh logo parti pembangkang, DAP: "Lihat pada logonya, roket. Ia simbol keganasan. Mereka patut panggil diri mereka sebagai Destructive Action Party!" Berita asal

