Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS mahu PDRM, SPRM dedah hasil siasatan ke atas suami Zeti
Diterbitkan:  Nov 26, 2021 12:20 PM
Dikemaskini: 4:20 AM

PAS mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hasil siasatan mereka berhubung aset 1MDB yang melibatkan dua syarikat dikaitkan dengan suami kepada bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz.

Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin berkata penjelasan itu harus segera dilakukan kerana ia melibatkan wibawa institusi awam.

"PAS menuntut penjelasan terperinci daripada SPRM dan PDRM berhubung siasatan aset dana milik 1MDB melibatkan akaun Iron Rhapsody Ltd (Iron Rhapsody) dan Cutting Edge (Cutting Edge) Industries Ltd," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iron Rhapsody dimiliki oleh suami Zeti, Tawfiq Ayman, dan salah seorang anak lelaki mereka.

Syarikat itu dilaporkan menerima AS$16.22 juta dana berkaitan 1MDB pada 2008 dan 2009 dan pihak berkuasa Singapura memaklumkan hal itu kepada Bank Negara pada 2015 dan 2016.

Ketika itu Zeti masih bertugas sebagai gabenor bank pusat terbabit.

Iron Rhapsody kemudian didakwa memindahkan dana berkaitan 1MDB itu kepada Cutting Edge Industries - yang juga dimiliki oleh Tawfiq dan anak lelakinya Abdul Aziz dan Aliff Ayman.

Polis pada Jun berkata mereka hampir menyelesaikan siasatan terhadap Tawfiq.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS