Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4,879 kes baru Covid-19, Rt-0 pada 0.95
Diterbitkan:  Nov 30, 2021 3:07 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,879 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,632,782.

Sementara itu, nilai Rt-0 atau kadar kebolehan jangkitan, menurun kepada 0.95 pada 29 November.

Nilai Rt-0 mesti dikekalkan di bawah 1.0 untuk mengelakkan pertumbuhan eksponen dalam jangkitan baru.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu telah menurun sebanyak 6.6 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (29 November) yang mencatakan 4,087 kes adalah seperti berikut:

  • Selangor (952)
  • Kelantan (446)
  • Johor (413)
  • Sabah (342)
  • Kedah (333)
  • Pulau Pinang (279)
  • Pahang (255)
  • Terengganu (214)
  • Perak (205)
  • Kuala Lumpur (181)
  • Melaka (175)
  • Negeri Sembilan (107)
  • Sarawak (98)
  • Putrajaya (40)
  • Perlis (28)
  • Labuan (19)

 

Lihat Komen
ADS