Tawaran Lau beli Nanyang: MCA serah pada Huaren
MCA menyerahkan kepada syarikat pelaburannya, Huaren Holdings Berhad memutuskan mengenai tawaran seorang ahli perniagaan Sarawak untuk membeli Nanyang Press Holdings Berhad, kata Timbalan Presiden Datuk Seri Chan Kong Choy.
MCA menyerahkan kepada syarikat pelaburannya, Huaren Holdings Berhad memutuskan mengenai tawaran seorang ahli perniagaan Sarawak untuk membeli Nanyang Press Holdings Berhad, kata Timbalan Presiden Datuk Seri Chan Kong Choy.
Menteri Pengangkutan itu ditanya mengenai ahli perniagaan dari Sibu Lau Swee Nguong, yang menawarkan untuk membeli saham milik Tan Sri Tiong Hew King serta pemegang saham lain dalam Nanyang Press
Bulan lalu, MCA mengumum melepaskan 21.02 peratus daripada 41.02 peratus sahamnya dalam Nanyang Press kepada Ezywood Option Sdn Bhd, milik hartawan media Tan Sri Tiong Hew King.
Nanyang Press Holdings juga memiliki dua lagi akhbar terkemuka berbahasa Cina Nanyang Siang Pau dan China Press.
"Kami (MCA) menyerahkan kepada pengurusan Huaren untuk memutuskan....Ia keputusan perniagaan, kami tidak akan cakap apa-apa. Kami serahkan kepada cabang pelaburan kami (Huaren), supaya mereka boleh buat keputusan demi kepentingan terbaik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan CEO Kereta Api Asean di sini hari ini.
Menurut laporan Bernama, Lau, 81, yang juga pengerusi Kumpulan KTS membuat tawaran itu atas kapasiti peribadinya untuk memastikan perkembangan sihat masa depan media Cina itu dan sebagai respons kepada permintaan rakannya di kalangan masyarakat Cina.
Bahagi saham
Beliau menawarkan untuk membeli semua saham milik Tiong dan sebaik sahaja transaksi selesai, beliau akan bahagikan saham itu dan menjualnya semula kepada mana-mana perbadanan, masyarakat atau individu dalam masyarakat Cina dengan perjanjian umum, tiada satupun memiliki lebih lima peratus daripada keseluruhan modal berbayar Nanyang Press.
Bagaimanapun, Lau tidak mendedahkan harga tawaran itu, tetapi berkata beliau membuat tawaran itu bersama-sama dengan masyarakat Cina.
Tegasnya, beliau juga akan memperluaskan tawaran itu kepada pemegang saham yang lain dalam Nanyang Press termasuk Huaren Holdings Berhad.
Kumpulan KTS kini memiliki empat akhbar Oriental Daily, See Hua Daily, Utusan Borneo dan Borneo Pos t. Hanya Oriental Daily, yang dilancarkan pada 2003, berpejabat di Semenanjung. Yang lainnya diterbitkan di Sarawak.
KTS ditubuhkan pada 1962 oleh Lau Hui Kang yang meninggal dunia pada umur 83 tahun. Pada Pada masa ini, Ori ental Daily News diterajui anak keduanya, Henry Lau.
Awal bulan ini, kira-kira 300 pelajar berkumpul di ibupejabat Sin Chew di Petaling Jaya kerana membantah monopoli Tiong itu.

