Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PRN SARAWAK | PAS akan bertanding hanya satu kerusi pada pilihan raya Sarawak akan datang, bertembung dengan rakan sekutu kerajaan pusat GPS di Beting Maro.

Ini jauh berbeza daripada 11 kerusi yang pada mulanya diteliti untuk ditandingi parti itu.

Pilihan kerusi ini penting kerana PAS menunjukkan prestasi paling kukuh di sana pada pilihan raya negeri 2016, menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru dengan meraih 38.5 peratus bahagian undi.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media di Kuching malam ini mengakui kekuatan parti itu di Beting Maro.

Tambahnya, jentera parti seluruh Sarawak akan digerakkan di sana.

"Kita tanding hanya satu kerusi sahaja

"Satu kerusi untuk memberi fokus supaya seluruh gerak kerja," katanya.

Disebabkan oleh wabak Covid-19 yang berterusan, ahli parti dari negeri lain tidak akan dapat membantu kempen tersebut.

PAS meletakkan Setiausaha PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo di kerusi itu.

Pada 2016, ahli perniagaan berusia 37 tahun itu bertanding dan kalah di DUN Lambir.

Tak bincang dulu dengan GPS

Ditanya mengapa PAS meletakkan hanya seorang calon berbanding 11 kerusi seperti yang diumumkan sebelum ini, Tuan Ibrahim memetik kebimbangan mengenai pandemik Covid-19.

Jelasnya, PAS mahu menjadi kurang berseteru dengan GPS, gabungan politik yang menguasai kerajaan negeri.

"Situasi politik tanahair yg perlukan satu suasana yg lebih harmoni dan lebih tenang bagi memberi fokus kpd kita mengatasi wabak covid19 dan memulihkan semula ekonomi negara

"Serta hubungan yang berlaku di peringkat pusat dengan kerajaan yang diduduki oleh beberapa parti termasuk daripada rakanGPS dari Sarawak," katanya.

"Kita harapkan kita turun sebagai tanda penyertaan kita dlm sistem demokrasi negara," jelasnya lagi.

Tuan Ibrahim berkata PAS tidak memaklumkan GPS mengenai keputusannya untuk bertanding di Beting Maro sebelum pengumuman malam ini.

Razaili Gapor daripada parti teras GPS, PBB akan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRN lalu itu.

[Baca berita asal]

 

 

Lihat Komen
ADS