Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Memalukan negara? Najib tuding jari pada skandal forex era Mahathir

Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak menolak penilaian hakim Abdul Karim Abdul Jalil bahawa tindakannya dalam kes SRC International bukan perkhidmatan buat negara, sebaliknya memalukan Malaysia.

Najib membangkitkan skandal dagangan tukaran wang asing (forex) pada 90-an yang dikaitkan dengan musuh politiknya Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri kali pertama.

“Bukankah itu lebih memalukan negara,” soal Najib dalam sidang media atas talian selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan dia bersalah.

Katanya, sepanjang karier, dia sentiasa menumpukan usaha untuk kepentingan negara.

Sebagai contoh, katanya, selama menjadi perdana menteri, aset negara berkembang daripada RM800 bilion kepada RM2 trilion.

‘Saya telah cipta banyak kekayaan untuk negara ini,” katanya.

Menurut suruhanjaya siasatan diraja yang menyiasat perkara itu,Bank Negara rugi RM31.5 bilion daripada tahun 1992 hingga 1994.

RCI itu yang ditubuhkan ketiga Najib menjadi perdana menteri juga memutuskan Mahathir turut bertanggungjawab atas kerugian itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS