Najib: Pertumbuhan 6 peratus sasaran minimum dalam RMK9
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sasaran pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 6 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dianggap sebagai sasaran minimum dan bukannya sasaran maksimum yang mesti dicapai oleh negara.

Katanya, Malaysia boleh mencapai pertumbuhan ekonomi melebihi 6 peratus bagi tempoh rancangan itu antara 2006 dan 2010 sekiranya ia berusaha dengan lebih gigih.
"Anggap enam peratus sasaran minimum walaupun kita tetapkan untuk capai enam peratus dalam RMK-9," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Putrajaya hari ini.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, Malaysia mungkin dapat mencapai pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun ini, namun negara tidak boleh berasa selesa dengan pencapaian sekarang.
Katanya, ini kerana ia akan mengakibatkan pencapaian negara menjadi merosot ekoran negara lain berlumba-lumba berusaha untuk menjadikan negara mereka lebih baik.
Menurut Najib lagi, Malaysia menghadapi persaingan yang semakin hebat dalam usaha untuk
menarik pelaburan, teknologi baru, pasaran eksport, modal insan dan pelancong.
"Kalau kita tawarkan pakej, negara lain akan tawarkan pakej yang lebih menarik untuk menarik pelaburan... Kalau kita tidak ada tarikan, mereka tidak akan pilih Malaysia untuk bangunkan teknologi baru," katanya.