Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
10 juta rekod peribadi, kerajaan terjejas akibat banjir
Diterbitkan:  Jan 3, 2022 4:57 PM
Dikemaskini: 9:36 AM


Dianggarkan lebih 10 juta rekod terjejas dengan banjir teruk yang melanda Selangor dan beberapa negeri.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Noor Zari Hamat berkata rekod yang terjejas ialah buku rekod peribadi pesakit dan rekod kewangan.

Rekod-rekod lain pula ialah perakaunan jabatan,buku perancangan pembelajaran guru, permohonan kemasukan dan borang permohonan pasport, dokumen kontrak, tender, peta, pelan bangunan, mikrofilem dan filem x-ray.

Bagaimanapun, katanya, sebahagian besar masih boleh diselamatkan melalui kaedah pengasingan, pembersihan dan pengeringan.

“Usaha-usaha yang dijalankan oleh Arkib Negara Malaysia ini dapat membantu pejabat kerajaan menyelamatkan rekod-rekod yang bernilai kepada negara.

“Rekod yang diselamatkan ini penting bagi meneruskan operasi dan aktiviti selepas bencana banjir,” jelas Noor Zari.

Lihat Komen
ADS