Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Mandi mayat pada remaja cuba curi tabung masjid keterlaluan’
Diterbitkan:  Jan 14, 2022 12:40 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Hukuman mandi mayat terhadap remaja yang mencuri duit tabung masjid di Kuala Lumpur baru-baru ini adalah keterlaluan, kata Ketua Pejuanita, Parti Pejuang Tanah Air Che Asmah Ibrahim.

Tambahan lagi, kata Che Asmah (bawah), remaja itu Daniel Iskandar memberi alasan untuk membeli ubat kencing manis datuknya setelah tidak berjaya mendapatkan pertolongan orang lain.

“Lebih malang apabila ianya berlaku di dalam sebuah masjid yang sepatutnya menjadi pusat kepada ahli masyarakat datang mendapatkan bantuan,” katanya.

“Sebagai orang dewasa yang lebih matang dan berakal, peranan menyelidik terlebih dahulu dan mengambil tahu dengan rahmah dan kasih saying sepatutnya didahulukan dari terus bertindak menghukum dengan hukuman keterlaluan.”

Semalam, remaja 19 tahun itu dijatuhi hukuman dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di Kuala Lumpur kerana cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah.

Peguamnya Azman Abdullah, yang mewakili Daniel secarta sukarela tanpa bayaran, berkata anak guamnya mencuri untuk membeli ubat datuknya.

Katanya, anak guamnya itu anak sulung daripada tiga adik-beradik yang ibu bapanya telah bercerai sejak dia berusia lapan tahun.

“Dia tinggal bersama datuknya berusia 70-an dan kehidupan mereka bukan senang. Makan dan minum juga daripada sedekah jiran-jiran," kata peguam.

Peguam juga berkata tindakan mengambil video seperti yang tersebar menerusi laman sosial adalah tidak wajar menyebabkan tekanan kepada tertuduh dan keluarga.

Sebelum ini tular video Daniel dimandikan seperti mayat oleh jemaah masjid kerana kesalahannya itu.

Lihat Komen
ADS