Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada kerakyatan: Nasib Rohana bukan kes terpencil
Diterbitkan:  Jan 17, 2022 1:55 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

Ketika nasib yang menimpa Rohana Abdullah, 22, segera mendapat perhatian Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, seorang ahli parlimen mengingatkan kejadian seumpama itu bukanlah kes terpencil.

Kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching selain Rohana yang perlu dibantu, ada banyak lagi kes seumpama itu perlukan perhatian kerajaan.

Katanya ada banyak pengalaman tragis yang dihadapi setiap individu yang hidup tanpa kerakyatan di negara ini.

"Walaupun saya gembira dengan Rohana kerana nasibnya telah menarik perhatian Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dan juga perdana menteri, persoalannya ialah bagaimana dengan kanak-kanak tanpa kerakyatan lain yang menghadapi tragis yang hampir sama dan apatah lagi pengalaman traumatik?

"Bilakah kesusahan mereka akhirnya didengari?" dia bertanya dalam satu kenyataan.

"Walaupun saya gembira dengan Rohana kerana nasibnya mendapat perhatian menteri dan perdana menteri, persoalannya ialah, bagaimana dengan nasib kanak-kanak tanpa kerakyatan lain yang menghadapi kesukaran sama atau malah lebih traumatik?

"Bilakah penderitaan mereka akan didengarkan" katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohana merupakan bayi yang ditinggalkan di sebuah tadika pada 22 tahun lalu apabila ibu kandungnya pulang ke Indonesia.

Adakah perlu tunggu lagi

Dia kemudian dibesarkan seorang guru tadika berkenaan, Chee Hoi Lan. Meski pun berlainan agama Chee membesarkan Rohana mengikut cara hidup Islam.

Sehingga kini, Rohana belum memperoleh dokumen untuk mengesahkan taraf kewarganeraaan yang dimohonnya. Chee memohon kerakyatan untuk Rohana pada 2016 tetapi tiada sebarang maklum balas sehingga kini.

Chee - kini berusia 83 tahun - menjadi guru di tadika tempat ibu Rohana bekerja sebagai kakitangan pembersihan. 

Wanita warga Indonesia itu dilaporkan berkahwin dengan lelaki tempatan dan menghilangkan diri tidak lama selepas kelahiran Rohana pada 1999.

Teo berkata jika Ismail Sabri dan Hamzah serius untuk menamatkan penderitaan dan tragedi yang dialami Rohana, mereka harus sama-sama memberikan komitmen untuk membantu semua kanak-kanak lain yang masih tiada kerakyatan.

Kata bekas timbalan menteri pendidikan itu lagi kerajaan harus membenarkan semua kanak-kanak tanpa kerakyatan yang bapanya warganegara Malaysia diberikan kewarganegaraan dengan laporan ujian DNA sebagai bukti.

Untuk rekod ketika ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menerima laporan DNA sebagai bukti bagi menyokong permohonan kewarganegaraan seseorang.

Teo berkata semua kanak-kanak tanpa kerakyatan yang diambil sebagai anak angkat secara sah oleh ibu bapa Malaysia juga perlu diberikan kewarganegaraan.

“Bolehkah semua orang tanpa kerakyatan di negara ini mempercayai kerajaan Keluarga Malaysia untuk mencari penyelesaian kekal bagi menamatkan kesengsaraan mereka?

"Atau adakah mereka perlu menunggu masa untuk mendapat pendedahan media sebelum menerima panggilan daripada perdana menteri dan jaminan menteri dalam negeri?" katanya.

Lihat Komen
ADS