Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Warisan kini ada Adun di Selangor lepas penyertaan bekas pemimpin DAP
Diterbitkan:  Jan 23, 2022 11:13 AM
Dikemaskini: 3:13 AM

Warisan kini mempunyai seorang wakil rakyat di Selangor selepas tiga bekas pemimpin DAP dari Semenanjung menyertai parti yang berpangkalan di Sabah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai Bryan Lai Wai Chong, yang keluar daripada DAP selepas dikaitkan dengan dakwaan hubungan sulit tahun lepas, dan diumumkan sebagai ahli Warisan semasa satu acara di Kota Kinabalu malam tadi.

"Kita memerlukan seorang pemimpin berbilang kaum yang sebenar dan (Presiden Warisan) Mohd Shafie Apdal adalah seorang pemimpin yang sederhana dan berfikiran terbuka," kata Lai dipetik The Star.

Adun Teratai Bryan Lai Wai Chong

Turut berpaling tadah daripada DAP ialah bekas ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun, dan bekas anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang Danny Law Heng Kiang.

Bekas Adun Kukup Umno Suhaimi Salleh juga dilaporkan menyertai Warisan.

Bekas ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun

Bekas exco Pulau Pinang Danny Law Heng Kiang.

Warisan secara rasmi meluaskan sayap ke Semenanjung pada bulan Disember.

Parti berasaskan anak muda Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) adalah sekutu Warisan untuk pilihan raya umum ke-15.

Lihat Komen
ADS