4,066 kes baru Covid-19
Diterbitkan: Jan 25, 2022 3:40 PM
COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,066 kes baru Covid-19. Ini menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,840,225.
Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 0.3 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.
Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (24 Januari) yang mencatatkan 3,214 kes baru adalah seperti berikut:
- Selangor (816)
- Johor (450)
- Kedah (395)
- Kuala Lumpur (249)
- Negeri Sembilan (238)
- Kelantan (231)
- Pulau Pinang (222)
- Pahang (184)
- Perak (120)
- Sabah (118)
- Melaka (80)
- Terengganu (66)
- Putrajaya (32)
- Sarawak (7)
- Perlis (4)
- Labuan (2)
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.