Sebanyak 11 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 32,011 kes.
Berdasarkan data dikeluarkan laman web Github Kementerian Kesihatan (KKM), seramai 4 orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.
Johor merekodkan tiga kematian diikuti Pulau Pinang (2), Sabah (2), Kedah (1), Perak (1), Selangor (1) dan Terengganu (1).
Purata sebanyak 13 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata lapan kematian dalam tempoh tujuh hari.
Setakat semalam, sebanyak 63,395 kes aktif Covid-19 direkodkan iaitu peningkatan sebanyak 26.7 peratus daripada 50,030 kes aktif seminggu yang lalu.
Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat sebanyak 59.5 peratus daripada 39,739 kes.
Malaysia mencatatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi akibat Covid-19 di rantau Asean dan Asia Timur dengan 969 kematian bagi setiap 1 juta penduduk.
Ia meletakkan negara ini di tempat keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.
