KKM nafi saran warga emas tak keluar mengundi pada PRN Johor
Diterbitkan: Feb 6, 2022 4:53 PM
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan telah mengeluarkan saranan hebahan kepada warga emas berumur lebih 60 tahun supaya tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datang, seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.
Menurut hebahan palsu tersebut, kumpulan berkenaan disarankan agar berbuat demikian bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19 dalam kalangan golongan warga emas.
Bagaimanapun, KKM memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan saranan itu dan berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu terbabit.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.