ROS tidak batalkan pendaftaran PRS
Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak membatalkan pendaftaran Parti Rakyat Sarawak (PRS) selepas berpuas hati dengan jawapan parti itu terhadap surat tunjuk sebab yang dihantarnya baru-baru ini.
Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak membatalkan pendaftaran Parti Rakyat Sarawak (PRS) selepas berpuas hati dengan jawapan parti itu terhadap surat tunjuk sebab yang dihantarnya baru-baru ini.
Dalam surat bertarikh 8 Disember lalu dan dialamatkan kepada Setiausaha Agung PRS, Sidi Munan, beralamat pejabat berdaftar parti itu di Green Heights, Md Alias Khalil dari ROS meminta supaya dikemukakan secepat mungkin 'senarai sebenar pemegang jawatan' parti itu, kepadanya.
Timbalan Ketua Penerangan, yang juga penasihat undang-undang PRS , Ernest Chua memberitahu pemberita pagi ini bahawa Sidi akan mengemukakan Isnin ini, senarai pemegang jawatan yang dipilih dalam mesyuarat pertama parti itu pada 2005.
Senarai itu tidak termasuk dua nama Dr James Masing yang dicela sebagai presiden pada 14 Jun 2006 dan seorang ahli Majlis Tertinggi yang telah meletakkan jawatan.
Kecuali Masing, senarai tersebut mengandungi nama perwakilan terpilih yang menyokong Masing serta penyokong kuatnya, termasuk Wilfred Nissom, Ketua Penerangan yang dilantik oleh Masing sebagai Setiausaha Agung, menggantikan Sidi Munan, sejurus selepas pilihanraya negeri Mei lalu.
Pemecatan tersebut telah mencetuskan krisis kepimpinan dalam PRS. Sewaktu mesyuarat Majlis Tertinggi pada 14 Jun 2006, Timbalan Presiden, Datuk Sng Chee Hua telah dilantik sebagai pemangku presiden.
Persidangan tiga tahun
Pada masa yang sama, Chua berkata, parti itu akan mengadakan persidangan tiga tahun (TDC) pertamanya, yang dijadualkan semula kepada 29-30 Mac, ekoran beberapa faktor, termasuk ketiadaan dewan yang cukup besar untuk menampun glebih 1,000 orang, termasuk perwakilan dan pemerhati.
'"Parti kita akan mengemukakan kepada ROS senarai baru pemegang jawatan parti dan ahli Majlis Tertinggi secepat mungkin selepas berlangsungnya TDC pertama itu," tambah Chua.
Katanya, TDC akan dijalankan mengikut perlembagaan parti dan akan diselia oleh sebuah panel yang dianggotai oleh personaliti terkemuka "bagi mengelak tuduhan atau dakwaan mana-mana pihak yang TDC pertama itu dimanipulasi oleh individu-individu tertentu".
Pemberita yang hadir turut ditunjukkan salinan asal surat ROS itu yang diterima petang semalam oleh setiausaha agung parti itu. ROS turut menghantar salinannya kepada Dr Masing dan Sng.
"Surat dari ROS itu bertarikh 8 Disember 2006 yang menunjukkan ROS tidak mengiktiraf TDC yang diadakan oleh Masing di Sibu pada 2 Disember lalu.
"The ROS mengiktiraf kita sebagai Majlis Tertinggi de facto PRS," tambahnya.
Jawapan rasmi
Menurut Chua lagi, walaupun Dr Masing juga turut menghantar jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dihantar oleh ROS yang bertarikh 7 September 2006, tetapi surat ROS bertarikh 8 Disember ini, tidak membuat sebarang rujukan kepada surat Dr Masing itu.
"Dengan itu, ROS hanya mengiktiraf jawapan daripada kita sebagai jawapan rasmi kepada surat (tunjuk sebab) bertarikh 7 September 2006," katanya.
Berikutan aduan yang dibuat kepada jabatan tersebut, ROS mendapati tindakan Dr Masing sebagai presiden, memecat enam pemegang jawatan utama parti itu bertentangan dengan perlembagaan parti.
Dalam surat jawapan kepada ROS, Sng, selaku pemangku presiden, berkata pendaftaran PRS tidak seharusnya dibatalkan kerana kesilapan satu orang (Masing).
Sementara itu, Dr Masing yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, sedang bercuti dan kini berada di Sepanyol. Beliau tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai perkara itu.

