PRN JOHOR | Seorang ahli majlis Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkata badan perhubungan negeri parti itu bercadang meletakkan calon betanding di kerusi DUN N51 Bukit Batu.
Suppayah Solaimuthu yang juga Ketua Bahagian MIC Kulai berkata bahagian itu sebulat suara memutuskan hasrat memohon kerusi DUN Bukit Batu dalam suatu mesyuarat dua hari lepas.
"Di Parlimen Kulai, kerusi Dun Bukit Permai bakal ditandingi oleh Umno dan MCA mewarisi kerusi parlimen Kulai dan DUN Senai.
"Jika peluang diberi kepada MIC untuk bertanding di DUN Bukit Batu. Maka, ia akan menunjukkan aspirasi Keluarga Malaysia dan konsep Bangsa Johor disanjungi di parlimen Kulai.
"Kami berharap dan menyeru agar Barisan Nasional (BN) peringkat negeri dan pusat akan memberi peluang kepada MIC untuk bertanding di DUN Bukit Batu pada PRN Johor kali ini," katanya pada kenyataan media hari ini.
Pada PRU14 ,BN diwakili calon dari parti Gerakan bertanding di DUN Bukit Batu.
Kini Gerakan telah menjadi parti komponen Perikatan Nasional (PN).
