Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS pecat Najib Lep lepas tanding calon bebas
Diterbitkan:  Feb 27, 2022 7:56 AM
Dikemaskini: 12:22 PM

PRN JOHOR | PAS telah memecat bekas Adun Bukit Pasir Najib Lep selepas bertanding sebagai calon bebas menentang rakan sendiri Nur Iqbal Abd Razak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan presiden parti Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memaklumkan hal ini berkata Najib telah menolak satu lagi kerusi ‘boleh menang’ yang ditawarkan kepadanya.

“Saya tegas (pada kepercayaan saya) semua ahli mesti mematuhi keputusan yang dibuat parti.

“Dengan tindakannya itu, secara automatik dia hilang keanggotaan dalam parti.

“Semua ahli kini dikehendaki memberi sokongan kepada calon PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN),” kata Tuan Ibrahim dipetik portal FreeMalaysiaToday (FMT).

"Sebagai timbalan yang dipertua kawasan (PAS Bukit Pasir), Najib sepatutnya akur dengan keputusan parti,” kata Tuan Ibrahim lagi.

Najib merupakan satu-satunya wakil rakyat PAS dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas pilihan raya umum 2018. PAS telah meletakkan calon Nur Iqbal Abd Razak di kerusi Bukit Pasir.

Selain Najib, kerusi DUN Bukit Pasir menyaksikan pertandingan antara PAS, BN, Pejuang, Pakatan Harapan dan seorang lagi calon bebas.

Semalam, Najib mengejutkan ramai pihak dengan mencalonkan dirinya sebagai calon bebas bagi kerusi Bukit Pasir.

Najib sebelum ini dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata dia bersedia menerima sebarang tindakan yang diambil oleh parti itu.

"Beberapa hari sebelum PN mengumumkan calonnya, saya tahu saya akan ditukarkan ke kerusi lain.


“Ini adalah tidak adil kepada penduduk di kawasan yang saya berkhidmat di Bukit Pasir," kata Najib.

"PAS berhak membuat sebarang keputusan terhadap tindakan saya, tetapi saya masih berharap mereka tahu kenapa saya perlu buat ini, ini kerana urusan saya belum selesai di Bukit Pasir," katanya.


Lihat Komen
ADS