Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin sedia letak jawatan pengerusi PN
Diterbitkan:  Mar 13, 2022 9:12 AM
Dikemaskini: 1:12 AM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bersedia meletakkan jawatan berikutan prestasi hambar gabungannya dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, yang menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru.

Gabungan baru itu bertanding di semua 56 kerusi tetapi hanya berjaya memenangi tiga – Maharani, Endau dan Bukit Kepong.

Menjawab soalan wartawan, Muhyiddin berkata dia bertanggungjawab ke atas keputusan itu dan akan menghormati kehendak ahli jika mereka ingin perubahan kepimpinan.

“Ya, saya bertanggungjawab. Tiada masalah (untuk letak jawatan).

“Saya bersedia (letak jawatan) bila-bila masa sekiranya ahli parti membuat keputusan sedemikian...

“Kalau nak tukar saya terima. Kita amalkan sistem progresif. (Jawatan pengerusi) Bukan hak saya, (tapi) keputusan parti atau kepimpinan parti komponen PN,” katanya kepada pemberita di pusat operasi PN di Senai.

Bekas perdana menteri yang juga presiden Bersatu itu berkata PN bersyukur kerana memenangi tiga kerusi itu dan trend pengundian mendedahkan gabungan itu mempunyai daya tarikan dalam kalangan pengundi Johor.

“Selepas meneliti data, kita dapat melihat terdapat sokongan di kawasan tertentu untuk PN walaupun ia baru.

“Kempen kita pada pilihan raya kali ini menarik minat rakyat Johor tetapi ia tidak seperti yang kita harapkan. Bagaimanapun, perjuangan kita akan diteruskan,” tambahnya.

Pengerusi PN juga mendedahkan bahawa penelitian akan dijalankan untuk menentukan faktor di sebalik prestasi buruk itu.

Lihat Komen
ADS