Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Saya tak tanding jawatan presiden PKR sebab tak mahu kelam-kabut’
Diterbitkan:  Mar 16, 2022 4:07 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Rafizi Ramli berkata dia tidak mahu bertanding jawatan presiden PKR yang disandang Anwar Ibrahim bagi mengelakkan perkara itu mengganggu perhatian awam kepada mesej-mesej parti itu.

Naib presiden PKR berkata, tindakan sedemikian akan mencetuskan keadaan kelam-kabut dan fokus akan beralih kepada pertandingan, bukan masalah rakyat, seperti isu kesihatan awam.

“Kalau kamu goncang kestabilan ini, mesej-mesej positif dan sumbanagn yang kamu buat akan ditenggelami dengan fokus kepada pemilihan dan pertembungan persoanaliti,” katanya dalam wawancara dengan BFM hari ini.

Rafizi semalam mengumumkan akan kembali aktif dalam politik dan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pilihan raya parti akan datang.

Pengumuman itu dibuat setelah PKR dan Pakatan Harapan (PH) terus menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya negeri, terbaru di Johor, Sabtu lalu.

Terdapat juga suara-suara yang mendesak supaya peralihan kepimpinan dibuat susulan kekalahan demi kekalahan pembangkang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS