Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar pula positif Covid-19
Diterbitkan:  Mar 21, 2022 8:07 PM
Dikemaskini: 12:11 PM

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dimaklumkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di parlimen, hari ini.

Perkara itu disahkan setiausaha sulitnya, Shukri Saad dalam kenyataan ringkas kepada media

"Saya ingin mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah didapati positif Covid-19 hasil ujian PCR yang dijalankan di Parlimen hari ini.

"Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan," katanya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dijangkiti Covid-19 dan kini dikuarantin.

Selain itu, antara ahli politik terkemuka lain yang baru-baru dilapor positif termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.

Lihat Komen
ADS