Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis guna Kanun Prosedur Jenayah lepas subseksyen Sosma luput
Diterbitkan:  Mar 23, 2022 11:00 PM
Dikemaskini: 3:00 PM

Selepas tamat tempoh penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 31 Julai, polis akan menggunakan kaedah lain mengikut undang-undang, seperti Kanun Prosedur Jenayah.

Usul melanjutkan penggunaan Seksyen 4(5) Sosma - yang membolehkan penahanan 28 hari - ditolak di Dewan Rakyat petang tadi selepas gagal meraih sokongan mencukupi melalui undian belah bahagi.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengambil maklum dan menerima keputusan itu.

"Bagi kes-kes melibatkan kesalahan di bawah Sosma yang disiasat selepas 31 Julai 2022, PDRM akan menggunakan peruntukan di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Prosedur Jenayah untuk melaksanakan penahanan melalui proses reman di mahkamah.

"PDRM kekal komited bagi menjalankan siasatan sebaik mungkin, dengan menggunakan akta-akta sedia ada yang masih berkuat kuasa," katanya.

Di Dewan Rakyat hari ini, hanya 84 ahli parlimen menyokong pelanjutan penguatkuasaan Seksyen 4(5) Sosma, berbanding 86 yang tidak bersetuju. Seramai 50 lagi ahli parlimen tidak hadir.

Ini bermakna peruntukan itu tidak akan berkuat kuasa lagi sebaik sahaja ia luput pada 31 Julai 2022.

Kerajaan bagaimanapun boleh membentangkan semula usul ini, pada masa mereka yakin mempunyai sokongan cukup dalam parlimen.

Lihat Komen
ADS