COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 21,839 lagi kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,101,081.

Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 269,390, menurun 16.7 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor: 10,842
WP Kuala Lumpur: 1,586
Pulau Pinang: 1,277
Johor: 1,235
Perak: 1,201
Negeri Sembilan: 1,134
Sarawak: 980
Kedah: 845
Melaka: 686
Pahang: 608
Terengganu: 438
Kelantan: 378
Sabah: 372
WP Putrajaya: 130
WP Labuan: 80
Perlis: 47

Sementara itu korban akibat Covid-19 terus bertambah. Semalam KKM merekodkan 52 lagi kematian berkaitan dengan wabak tersebut dengan 15 daripadanya BID (meninggal dunia sebelum sempat dirawat).

Sejak minggu lepas, purata 67.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 74.3, yang menunjukkan pola penurunan.

Sebanyak 1,968 mangsa dilaporkan menjadi korban akibat Covid-19 pada bulan ini, manakala bulan lalu terdapat 771 maut berbanding 491 kematian pada Jan.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 34,717 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Berikut ialah kematian mengikut negeri yang direkodkan semalam: Selangor (11), Johor (8), Kedah (8), Pahang (6), Perak (6), Pulau Pinang (4), Kelantan (2), Sabah (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perlis (1), Sarawak (1), Terengganu (1).

KKM juga menyatakan sebanyak 5,710 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 291 daripadanya sedang ditempatkan di unit rawatan rapi.