Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sihir, zina, pondan antara kes dilaporkan ke Jaheaik

Perbuatan sihir, hamil luar nikah, zina dan pondan adalah antara kes jenayah syariah yang dilaporkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dan sedang disiasat bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini.

Timbalan Pengarah Operasi Jaheaik, Hasnan Ramli berkata selain itu pihaknya juga menerima laporan membabitkan dua kes sihir, lima kes hamil luar nikah serta masing-masing satu kes zina dan pondan.

Menurutnya, bagi kes sihir, pihaknya kini boleh membuat siasatan selepas pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

"Selepas menerima aduan berkenaan mangsa sihir, kita akan membuat siasatan sebelum membuat keputusan. Aduan sihir yang kita terima ini membabitkan ahli keluarga.

"Jika sebelum ini kita tidak buat siasatan terhadap aduan sihir, namun selepas pelaksanaan enakmen itu pihak kita akan membuat siasatan," katanya kepada media di Kota Bharu, semalam.

Dalam perkembangan itu tambahnya, Jaheaik menerima laporan keseluruhan sebanyak 70 kes membabitkan Undang- Undang Islam, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

"Kesalahan lain termasuk perbuatan tidak sopan sebanyak 22 kes, pondan (1 kes), khalwat (33 kes), mendedahkan aurat (1 kes) dan mengganggu rumah tangga orang lain (5 kes)," kata Hasnan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS