9,002 jangkitan baru, 30 lagi kes kematian
Kementerian Kesihatan berkata 9,002 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,342,559.
Kes aktif kini berjumlah 126,456, turun 38.8 peratus berbanding 14 hari lalu. Setakat semalam, R-naught untuk Malaysia ialah 0.84. Angka R-naught kurang daripada 1.00 menunjukkan bahawa penularan Covid-19 semakin perlahan.
Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (5,100)
Kuala Lumpur (1,003)
Negeri Sembilan (493)
Perak (373)
Johor (359)
Pulau Pinang (355)
Kedah (288)
Sarawak (245)
Terengganu (209)
Pahang (153)
Sabah (150)
Melaka (123)
Kelantan (86)
Perlis (23)
Putrajaya (23)
Labuan (19)
Sebanyak 30 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan enam daripadanya meninggal dunia di laur hospital.
Sepanjang minggu lalu, purata 25.9 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 51.2, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam aliran menurun.
Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,341 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.
Terdapat 358 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada Februari.
Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 1,066 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.
Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Johor (5) diikuti Pulau Pinang (4), Sarawak (4), Perak (3), Selangor (3), Kedah (2), Melaka (2), Negeri Sembilan (2), Pahang (2), Perlis (1), Sabah (1) dan Terengganu (1).

