Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tragedi basikal lajak: Pemandu dapat kebenaran merayu, bebas dengan jaminan
Diterbitkan:  Apr 18, 2022 10:58 AM
Dikemaskini: 5:41 AM

Sam Ke Ting berjaya mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan penjara dan denda atas kesalahan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian lapan orang penunggang basikal lajak.

Kerani itu juga berjaya menangguhkan keputusan penjara enam tahun sementara menunggu rayuan di mahkamah lebih tinggi.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan permohonan wanita 27 tahun itu dalam prosiding di mahkamah terbuka pagi ini.

Mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mendengar merit rayuannya selepas ini. 

Sam hadir ke mahkamah dengan diiringi pegawai penjara

Panel hakim itu dianggotai oleh P Ravindran, Lee Heng Cheong dan Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mahkamah juga mengejalkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret sebelum ini.

Rabu lepas, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengubah keputusan memebbaskan Sam daripada kesalahan memandu dengan cuai. 

Mahkamah juga menolak permohonan Sam untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan.

[Baca berita asal]


ADS