Adun DAP umum keluar parti
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP bagi kawasan Bahau, Lim Fui Min, hari ini mengumumkan keluar daripada DAP selepas hampir dua dekat bersama parti pembangkang itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP bagi kawasan Bahau, Lim Fui Min, hari ini mengumumkan keluar daripada DAP selepas hampir dua dekat bersama parti pembangkang itu.
Menurut laporan akhbar China, Lim yang juga Timbalan Ketua DAP Negeri Sembilan berkata, beliau bertindak demikian selepas"dipinggir dan ditekankan" oleh rakan-rakannya dalam parti tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak berhasrat untuk menyertai parti politik yang lain dan akan kekal sebagai wakil rakyat bebas sehingga pilihanraya umum akan datang.
Ahli politik veteran berusia 61 tahun, yang telah menjadi ahli DAP ahli sejak 1988, juga menyalahkan rakan-rakannya dalam parti itu terhadap prestasi buruknya dalam pemilihan parti peringkat negeri.
Pada 2004, Lim menerima undi ketiga terbawah dan pada 2006, beliau menerima undi kedua terbawah di kalangan calon-calon yang bertanding bagi jawatankuasa perhubungan negeri.
Jejas parti
Lim berkata, beliau berhasrat untuk bersara selepas 2001 tetapi bekas Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock telah memintanya bertanding kerusi Baau, yang ketika itu menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN), dalam pilihanraya umum 2004.
Beliau mendakwa parti itu tidak dapat mencari calon yang sesuai dan kejayaannya memenangi kerusi tersebut adalah di luar dugaan.
Menurutnya, beliau meletak jawatan supaya pemimpin DAP negeri itu gembira dan memberi laluan kepada orang lain.
Laporan itu juga menyebut pemimpin Gerakan dan MCA Negeri Sembilan telah mempelawa Lim supaya menyertai parti masing-masing.
Ketua DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke yang juga Adun Lobak menyifatkan perletakan jawatan Lim itu tidak baik untuk parti dan juga karier politik Lim.
Beliau juga menolak khabar angin yang mendakwa hubungannya dengan timbalannya tegang.
Loke, yang menolak dakwaan Lim dipinggirkan dan ditekan, berkata, beliau tidak pasti sebab sebenar Lim meletakkan bertindak keluar dari parti itu.
Ekoran perkembangan tersebut, Loke kini menjadi Adun tunggal DAP dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Malaysiakini tidak dapat menghubungi Lim untuk mendapatkan ulasannya. Berita asal

