Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes Scorpene: Perancis dah dakwa, Malaysia bila - Anwar
Diterbitkan:  Apr 28, 2022 1:37 PM
Dikemaskini: 5:46 AM
  • Dikemas kini dengan tambahan latar belakang isu.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendesak kerajaan menyatakan pendirian dan menjelaskan bagaimana isu dakwaan rasuah melibatkan pembelian kapal selam Malaysia akan dihadapkan ke muka pengadilan di negara ini.

“Kes ini berlangsung dan dibicarakan di Paris, Perancis, dan pihak berkuasa Malaysia seolah ambil ringan dan aspek keadilan nampaknya tidak menjadi isu besar untuk disegerakan,” katanya.

Anwar Ibrahim

Pada 2002, Malaysia memperoleh dua kapal selam kelas scorpene dan sebuah lagi daripada kelas Agosta daripada DCN International (DNCI)–anak syarikat Kumpulan Thales.

Semalam, Thales mengesahkan mereka disiasat secara rasmi oleh pihak berkuasa Perancis sejak 18 Januari. Siasatan awal pula bermula sejak Mac 2010 lagi.

Thales bagaimanapun dakwaan terhadap anak syarikatnya.

Dakwaan-dakwaan itu muncul selepas kumpulan hak asasi negara ini Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membuat aduan di mahkamah Perancis pada 2009 dan 2010.

Dua syarikat Malaysia–Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi Sdn Bhd–didakwa mendakwa mendapat komisyen daripada DCNI.

Lihat Komen
ADS