Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PANDUANKINI: Protokol Covid-19 baharu mulai 1 Mei
Diterbitkan:  Apr 28, 2022 5:46 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

PANDUANKINI l Siri PanduanKini ini menerangkan beberapa peraturan sedia ada yang akan dikekalkan.

Adakah penggunaan pelitup muka masih wajib?

Ya, tetapi hanya apabila berada di dalam bangunan atau semasa berulang-alik menggunakan pengangkutan awam (termasuk kenderaan e-hailing).

Namun ada pengecualian. Seseorang boleh menanggalkan pelitup muka ketika bersenam atau jika bersendirian, ataupun ketika makan dan minum.

Kementerian Kesihatan menggalakkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dalam keadaan berikut:

  • Individu yang sakit dan mempunyai gejala;

  • Berada di kawasan sesak; dan,

  • Individu dalam kategori berisiko tinggi (tidak divaksin terhadap Covid-19, warga emas dan kumpulan rentan).

Kegagalan mematuhi peraturan pelitup muka boleh didenda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Adakah penjarakan fizikal masih perlu dipatuhi?

Tidak lagi. Malah, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan ketua pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah, berjabat tangan semalam untuk menunjukkan bahawa peraturan ini tidak lagi berkuat kuasa mulai 1 Mei.

Bagaimanapun, orang ramai masih dinasihatkan supaya menjaga jarak apabila berada di sekeliling mereka yang tidak memakai pelitup muka.

Bolehkah saya memadam aplikasi MySejahtera?

Ini tidak digalakkan.

Sejak 2020, rakyat Malaysia mempunyai dua pilihan apabila mengunjungi mana-mana premis komersial - sama ada menulis butiran mereka pada buku log atau menggunakan fungsi daftar masuk aplikasi MySejahtera.

Kedua-dua peraturan tersebut akan terbatal pada 1 Mei.

Bagaimanapun, pemilik premis masih perlu menyemak status risiko individu pengguna aplikasi MySejahtera.

Individu yang "berisiko tinggi" pada aplikasi MySejahtera atau diberi "perintah pengawasan rumah" HSO mesti dihalang daripada masuk.

Adakah status vaksin saya masih penting?

Tidak. Semua individu, kecuali mereka yang positif Covid-19 atau dihadkan pergerakan akibat HSO akan mempunyai kebebasan bergerak, tanpa mengira status vaksinasi.

Adakah peraturan kuarantin masih berkuatkuasa?

Ya. Sesiapa yang didapati positif Covid-19 mesti dikuarantin selama tujuh hari dari tarikh sampel diambil.

Kuarantin boleh ditarik semula pada hari keempat jika ujian RTK-Ag yang dijalankan secara profesional kembali negatif.

Ujian RTK-Ag ini boleh dijalankan sama ada secara peribadi atau maya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS