Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Suasana sayu selubungi upacara persemadian Nagaenthran

Jasad Nagaenthran Dharmalingam yang menjalani hukuman mati di Penjara Changi di Singapura Rabu lalu, selamat disemadikan hari ini.

Kira-kira 200 ahli keluarga dan sahabat handai mendiang berkumpul untuk menghadiri upacara yang bermula jam 12.15 tengah hari di kediamannya di Taman Indah, Tanjung Rambutan sebelum jasad dibakar pada pukul 5.15 petang di Krematorium Hindu Buntong di Ipoh, Perak.

Suasana sayu menyelubungi upacara dengan hadirin termasuk yang datang dari Johor, Kedah dan Pahang bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Beberapa sepanduk dipasang di sekitar rumah memamaparkan "We Love You Boy Anne".

Turut hadir adalah wakil Suaram dan Amnesty International yang sebelum ini antara pihak paling ke hadapan dalam menuntut Singapura menarik balik hukuman yang dijatuhkan.

Di saat jasad dibawa mengelilingi taman perumahan, jiran-jiran berdiri di depan rumah sebelum jasad dimasukkan ke dalam kereta keranda.

Nagaenthran, 33, dijatuhkan hukuman mati pada 2010 selepas didapati bersalah 42.72 gram heroin ke Singapura.

Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 Nov 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah diberitahu dia positif Covid-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan ibunya, Panchalai Supermaniam, untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

Dia menjalani hukuman mati pada awal pagi dua hari lalu.

'Ingin balik Malaysia'

Di upacara ini, Malaysiakini sempat bertemu dengan seorang individu yang berkata ia pernah bersama Nagaenthran di Penjara Changi.

Lelaki hanya mahu dikenali sebagai 'Joe' ini berkata mereka sempat kenal dari tahun 2010 hingga 2011 sebelum dibebaskan.

"Boy (nama samaran Nagaenthran) merupakan seorang pendiam.

"Dia sentiasa berbual mengenai ahli keluarga terutama emaknya. Dia juga ingin balik ke Malaysia.

"Masa itu, Nagaenthran masih belum dijatuhkan hukuman gantung," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS