mk-logo
Berita
Debat Anwar-Najib ditetapkan di Matic KL, 12 Mei ini
Diterbitkan:  May 6, 2022 9:47 AM
Dikemaskini: 2:32 AM

Debat antara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak akan diadakan di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala Lumpur.

Debat itu akan diadakan pada jam sembilan malam pada 12 Mei ini dan akan disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial.

Ini kali pertama Anwar dan Najib bersemuka dalam debat terbuka.

Mereka dijangka menyentuh dua perkara - pertama, sama ada kerajaan patut membantu Sapura Energy Berhad yang berdepan masalah dan kedua berkenaan hala tuju dan masa depan ekonomi dan politik negara.

Najib sebelum ini menggesa kerajaan memberikan bantuan kepada Sapura Energy Berhad, selepas beberapa subsidiarinya diberi petisyen penggulungan pada Mac lalu.

Najib berpandangan memandangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah melaburkan RM4 bilion dalam syarikat itu pada 2019, usaha mesti dibuat bagi menyelamatkan PNB daripada kerugian atau sekurang-kurangnya mengelakkan aset Sapura Energy daripada dijual.

Syarikat itu mencatatkan kerugian RM8.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022.

Lihat Komen
ADS