Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Khairy akui hospital kekurangan jururawat
Diterbitkan:  May 12, 2022 1:36 PM
Dikemaskini: 5:36 AM

Isu kekurangan jururawat di hospital di negara ini sedang ditangani dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Berucap merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di Putrajaya hari ini, beliau mengakui menerima banyak aduan berhubung kekurangan jururawat di hospital-hospital.

Menurutnya, dalam lawatannya ke Hospital Tunku Azizah (HTA) minggu lepas iaitu hospital moden dan canggih yang dibina untuk ibu dan anak di Kuala Lumpur didapati ia tidak dapat memaksimumkan perkhidmatan kerana tidak cukup jururawat.

“Jadi kita telah cepatkan kelulusan jururawat untuk dihantar ke HTA dan usahakan untuk hantar ke hospital lain juga,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata beliau akan cuba menyelesaikan isu jururawat berstatus kontrak dan perjawatan mereka.

“Ketika ini, terdapat kira-kira 3,469 jururawat berstatus kontrak… saya akan usaha bantu isu ini sedaya upaya dan berharap jururawat akan terus berikan perkhidmatan cemerlang,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS