Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TLDM tahan 4 pendatang asing di perairan Johor Selatan

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan empat pendatang tanpa izin dipercayai warga Indonesia kerana menceroboh negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan di perairan Johor Selatan, malam tadi.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, TLDM Lumut, kesemua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan kira-kira 9.30 malam bersama seorang lelaki dipercayai tekong warga tempatan.

"Aset TLDM bot tempur laju FCB 1124 dan bot pemintas Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) Lepau yang dalam penugasan Op Benteng Laut di bawah perintah kawalan KD Handalan di lapangan telah mengesan keberadaan sebuah bot yang sedang bergerak dari Pasir Gudang menuju ke arah Selat Singapura.

"FCB 1124 dan RHIB Lepau lantas mengambil tindakan pantas memintas bot itu dan kemudian berjaya menahan di kedudukan kira-kira satu batu nautika selatan Tanjung Pengelih," menurut kenyataan itu.

Kesemua pendatang tanpa izin dan tekong itu dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang serta diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Tanjung Sedili, Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS