Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Keputusan Maria Chin cabar prosiding komital Mahkamah Syariah 22 Ogos

Permohonan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah untuk meneruskan semakan kehakiman terhadap prosiding komital Mahkamah Syariah terhadapnya akan diketahui 22 Ogos ini.

Peguamnya, Rosli Dahlan mengesahkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan tarikh untuk keputusan terhadap permohonan itu.

"Pendengaran baru tamat. Keputusan pada 22 Ogos," katanya ketika dihubungi selepas prosiding yang dibuat secara dalam talian.

Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi turut mengesahkan perkara itu.

Ahmad Hanir mewakili tiga responden yang dinamakan dalam semakan kehakiman itu, iaitu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bersalah hina mahkamah

Pada 25 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Maria selepas memutusnya bersalah berhubung kenyataan awamnya pada 2019 tentang hukuman penjara yang dikenakan terhadap Emilia Hanafi, iaitu bekas isteri Pengerusi kumpulan Naza SM Faisal SM Nasimuddin.

Namun mahkamah turut membenarkan permohonannya untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan.

Emilia, 42, dijatuhkan hukuman itu oleh mahkamah Syariah kerana menjadualkan semula tarikh lawatan untuk anak-anaknya bersama bapa mereka.

Keputusan itu mencetuskan kritikan Maria yang berkata wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem perundangan syariah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS