Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Baju Ismail Sabri jadi buah mulut lagi
Diterbitkan:  May 27, 2022 12:30 AM
Dikemaskini: 12:30 AM

Baju yang dipakai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semasa pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura di Tokyo pada hari Rabu menjadi buah mulut pengguna media sosial.

Netizen mendakwa bahawa baju bercorak hitam, biru dan putih itu adalah daripada jenama mewah British Burberry, dan berharga empat digit.

Menurut laman web Burberry Malaysia, baju itu berharga RM5,500.

Penerangan baju itu menyatakan bahawa ia diperbuat daripada kapas tenunan Itali, dan mempunyai butang ibu-mutiara, dan dibuat di Itali.

Tidak dapat dipastikan sama ada baju yang dipakai Ismail asli atau tidak.

Bagaimanapun, ramai netizen menyatakan rasa terkejut dengan kos baju itu, dan ahli politik pembangkang turut serta menyindir perdana menteri.

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berkata Ismail kelihatan berpakaian untuk pertunjukan fesyen dan bukannya pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Secara kebetulan, ciapan promosi Netflix Malaysia untuk musim terbaru siri Stranger Things, memaparkan pelakon Caleb McLaughlin memakai baju corak yang sama seperti Ismail.

Ini bukan kali pertama pilihan fesyen Ismail mendapat perhatian.

Semasa sekatan pergerakan pada 2020, netizen rajin menjejaki koleksi baju batik Ismail yang akan dipakainya semasa sidang akhbar hariannya.

Lihat Komen
ADS