Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN dakwa UNHCR beri kad pelarian sewenang-wenangnya
Diterbitkan:  May 28, 2022 10:41 AM
Dikemaskini: 2:52 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) yang didakwa memberikan kad pengesahan pelarian kepada beberapa individu warga Indonesia.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata menerusi operasi penguatkuasaan, pihaknya berjaya mengesan beberapa warga Indonesia yang didapati mempunyai memiliki kad pelarian yang dikeluarkan UNHCR.

“Macam mana UNCHR mengeluarkan kad sewenang-wenangnya, sehinggakan dengan ada kad ini, seolah-olah sah untuk mereka tinggal dalam negara,” katanya dalam sidang media selepas Operasi Penguatkuasaan Imigresen bersama Menteri Dalam Negeri di Pasar Besar Meru, dekat Kapar.

Operasi malam tadi menyaksikan daripada 704 warga asing yang diperiksa, 51 pendatang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.

Sementara itu mengulas kegagalan sistem di Pejabat Imigresen Kelana Jaya yang dilaporkan sebuah portal semalam, Hamzah berkata ia bukan sahaja berlaku di pejabat berkenaan tetapi juga di pejabat imigresen di tempat lain.

“Saya nak maklumkan kepada semua sebenarnya kita gunakan ini (dalam talian) adalah sistem yang lama.

"Maka sudah tentulah sistem lama dah terlampau ramai, dia ada ‘jammed’ sedikit.

"Sebab itu kita telah pun ‘award’ kepada satu syarikat sistem yang baru dan mereka sedang jalan (proses itu) dan insya-Allah tahun 2024 siap semuanya, kita boleh guna sistem yang lebih canggih dan bagus,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS