Penganalisa politik Abdul Razak Baginda hari ini gagal dalam permohonannya untuk melanjutkan ikatjamin RM1 juta sementara menunggu kesnya didengar tahun depan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonannya atas alasan peguamnya tidak mengemukakan laporan perubatan bagi menyokong dakwaan yang Razak menghadapi masalah kesihatan.

Pada 5 Januari lalu, mahkamah sayang sama menolak permohonan lisan untuk melanjutkan ikatjamin tersebut selepas peguam Wong Kian Kheong gagal membuat permohonan formal.

Beliau kemudiannya membawanya ke Mahkamah Rayuan pada hari Khamis tetapi ia memutuskan bahawa permohonan itu "terlalu awal".

Abdul Razak, 46, yang ditahan di Penjara Sungai Buloh, dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 28.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Getah Asli in Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara jam 9.54 pagi dan 11.05 pagi 18 Oktober lalu.

Manakala Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dituduh membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober.

Ketiga-tiga mereka akan dibicarakan pada 10 Mac 2008 di hadapan Hakim Segara.