Lip Eng terima jemputan Shahidan lawat beg pasir
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng bersedia untuk melawat usaha mitigasi jangka pendek yang dilaksanakan di Kuala Lumpur selepas menerima jemputan daripada Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim.
Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Lim membidas kerajaan kerana tidak dapat menangani banjir kilat di ibu negara dengan berkesan.
"Saya menerima pelawaan Shahidan untuk melawat pam air dan beg pasir panghadang sebagai penyelesaian jangka pendek untuk menangani banjir kilat di Kuala Lumpur," katanya.
"Saya (juga) ingin melawat lokasi cadangan terowong mega simpanan air bawah tanah berkapasiti tinggi sebagai penyelesaian jangka panjang kepada banjir kilat," tambah Lim.
“Saya tertanya-tanya mengapa keperluan satu lagi terowong bawah tanah mega telah dirancang sedangkan BN berjanji 15 tahun lalu bahawa Projek Pengurusan Air Ribut dan Terowong Jalan (Terowong Smart), terowong saliran air ribut terpanjang di Asia Tenggara, akan menyelesaikan isu banjir di KL.
"Adakah ini bermakna Terowong Smart adalah projek yang gagal?" katanya.
Semalam, Shahidan memberi jaminan bahawa usaha kerajaan menangani banjir kilat di Kuala Lumpur bukan sekadar janji kosong tetapi terdiri daripada rancangan untuk jangka pendek, sederhana dan panjang.
Untuk jangka masa terdekat, Shahidan berkata, kerajaan akan mengepam air, memantau kawasan terjejas, dan membina penghadang beg pasir di lokasi tertentu.
Dia kemudian menjemput Lim dan ahli parlimen lain serta pengkritiknya untuk melawat tempat-tempat yang sudah dijalankan usaha jangka pendek berkenaan.
Lim sebelum ini mengkritik Shahidan dan kerajaan, berkata penyelesaian yang dijanjikan untuk banjir kilat mempunyai kecenderungan untuk tidak dilaksanakan kerana ia sentiasa dalam kajian.m kajian)
Pada 3 Jun lalu, Shahidan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan mengenai lokasi dan spesifikasi terowong simpanan air bawah tanah berkapasiti tinggi, yang akan siap dalam tempoh tiga bulan.
Menurutnya, terowong itu dijangka mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk dibina dan merupakan salah satu penyelesaian jangka panjang yang sedang dirancang.

