Kjaan umum RM13 juta untuk gugusan Felda Tersang di Batu Talam
Kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM13 juta untuk pelbagai projek pembangunan di gugusan Felda Tersang yang terletak dalam kawasan pilihanraya kecil Batu Talam 28 Januari ini.
Kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM13 juta untuk pelbagai projek pembangunan di gugusan Felda Tersang yang terletak dalam kawasan pilihanraya kecil Batu Talam 28 Januari ini.
Mnurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu, RM10 juta diperuntukkan untuk projek mengatasi masalah bekalan air, RM3 juta untuk kompleks sukan komuniti dan RM393,000 untuk pelbagai projek kecil.
"Datang bukan sebarang datang, tapi datang membawa bingkisan," katanya ketika berucap pada majlis beramah mesra bersama penduduk Felda Tersang 1 di Raub.
Menurut laporan Bernama, Najib berkata isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengumumkan bantuan kepada golongan kurang upaya di Felda Tersang dalam majlis yang dijadualkan esok.
Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, Najib berharap pengundi di gugusan Felda itu mengundi calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Kiram, yang ditentang calon Bebas, Ng Chee Pang.
"Saya harap penduduk kawasan ini keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat kerana kita mahu melaksana pelbagai pembangunan, kalau undi calon Bebas yang berusia 21 tahun 9 bulan itu, saya tak tahulah, kira tak masuk akallah," katanya.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Tengku Paris Tengku Razlan 27 Disember lalu.
Dalam perkembangan lain, Najib mahu warga Felda, terutama generasi baru menghayati prinsip Hijrah bersempena Sambutan Maal Hijrah hari ini dengan meningkatkan diri untuk muncul sebagai generasi yang hebat dipersada antarabangsa.
Pacu kehidupan
Beliau berkata jika dahulu, generasi pertama berhijrah dari kampung halaman mereka, daripada tidak bertanah dan kini menjadi tuan tanah, generasi kedua dan ketiga pula perlu memacu kehidupan mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
"Saya tidak anggap Felda satu konsep pembangunan yang kaku tapi mestilah berkembang dari satu keadaan kepada tahap yang lebih baik lagi," katanya.
Najib berkata sebagai menteri yang bertangggungjawab terhadap pembangunan Felda, beliau mahu gagasan Felda yang dicetuskan bapanya,Allayarham Tun Razak itu bukan sahaja dipertahankan sebagai satu harta pusaka, malah pembangunannya perlu lebih dinamik lagi.
"Kita tidak mahu pemikiran yang kolot, kaku, jumud, kita mahu pemikiran dinamik, pemikiran yang lebih baik bagi memajukan Felda.
"Falsafah dan asas penubuhan Felda juga sebenarnya terangkum dalam prinsip hijrah itu sendiri iaitu berhijrah daripada kelompok masyarakat yang dulu tidak bertanah tetapi kini pemilik tanah, dulu miskin, hari ini mempunyai pendapatan tetap, dulu keadaan hidup tidak menentu, tapi kini
lebih terjamin," katanya.
Justeru itu, Najib mahu warga peneroka bukan sahaja bersyukur kepada Tuhan malah wajar berterima kasih kepada kerajaan BN yang merancang pembangunan tanah itu.
"Baru-baru ini Gabenor wilayah Acheh melawat Lurah Bilut, Felda pertama yang dimajukan, bila lihat masyarakat Felda, gabenor wilayah Acheh itu berkata, "Inilah pembangunan yang kami hendak di Wilayah Acheh".
"Kita perlu bersyukur kepada kerajaan BN, kerana gabenor wilayah Acheh itu hendak pembangunan seperti Felda, sedangkan kita telah memilikinya sejak 50 tahun lalu," katanya.

