Sebuah eskalator di stesen LRT, yang sudah lama rosak, tiba-tiba dibaiki, sehari selepas kritikan mengenainya tular di media sosial.

Pada Selasa lalu, Pengerusi Muda Wilayah Persekutuan Taufiq Zarak melalui media sosial mempersoalkan mengapa eskalator itu masih belum diperbaiki, meskipun kontraktor Bossque Skyline Sdn Bhd sepatutnya menyiapkannya pada April.

Dia turut mempersoalkan mengapa Bossque Skyline diberikan kontrak berkenaan, sedangkan ia didaftarkan sebagai syarikat pakaian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Tidak lama kemudian, DBKL mengeluarkan kenyataan hari ini, melaporkan bahawa eskalator di jejambat stesen LRT berkenaan telah mula beroperasi semula sejak semalam (15 Jun).

Laporan Sinar Harian pada November 2021, menyebut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan kemudahan di stesen LRT Sri Rampai tersebut yang didakwa telah rosak selama lima tahun itu akan dibaiki.

Dalam maklum balasnya, DBKL berkata bahawa kerja-kerja pembaikan untuk eskalator itu akan bermula pada Disember 2021 dan dijangka siap pada Mac 2022.

Selepas lawatan di stesen berkenaan pada 13 Jun, Taufik bagaimanapun, memaklumkan bahawa tarikh pembaikan itutelah dilanjutkan ke 4 April 2022.

[Baca berita penuh]