Covid-19: 2,093 kes baru, tiga kematian
Diterbitkan: Jun 21, 2022 10:40 AM
Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 2,093 kes baru Covid-19 direkodkan semalam.
Kes aktif kini berjumlah 25,952, meningkat 22.5 peratus berbanding 14 hari lalu.
Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (1,007)
Kuala Lumpur (444)
Pulau Pinang (155)
Negeri Sembilan (82)
Sabah (76)
Johor (62)
Perak (62)
Melaka (58)
Sarawak (34)
Kedah (30)
Pahang (23)
Putrajaya (19)
Kelantan (18)
Terengganu (14)
Perlis (8)
Labuan (1)
Tiga lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Sejak wabak ini melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,735 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Sebanyak 59 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini berbanding 129 kematian pada Mei dan 564 kematian pada bulan sebelumnya.

