Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Adun persoal usul naikkan elaun tahunan bos FGV kepada RM480,000
Diterbitkan:  Jun 23, 2022 1:44 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Seorang adun DAP mempersoalkan cadangan-cadangan FGV Holdings Bhd dalam mesyuarat agungnya, antara lain, peningkatan elaun tahunan pengerusinya Dzulkifli Abd Wahab  kepada RM480,000.

Wakil rakyat Ketari Young Shefura Othman berkata langkah itu hanya menambahkan kekayaan golongan kaya sementara nasib 40 peratus berpendapatan paling rendah (B40) tetap begitu.

“Apa agenda mesyuarat ini? Adalah untuk mengenal pasti bagaimana hendak membantu peneroka?

“Tidak!” katanya yang lebih dikenali sebagai Rara.

Young Shefura Othman

Mesyuarat agung tahunan FGV–gergasi minyak sawit yang 80 peratus pegangan sahamnya dikuasai oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)–berlangsung hari ini.

Memetik notis FGV yang difailkan di Bursa Malaysia pada April, Young Shefura mendakwa terdapat agenda untuk “memenuhkan poket” pengerusi dan ahli lembaga pengarahnya.

“Elaun kereta beliau sebanyak RM18,000 sebulan akan diganti dengan kereta apa beliau mahu (minimum 2000cc) bersama perbelanjaan tahunan RM180,000. Wow! 

“Pengerusi juga ada bodyguard (pengawal peribadi). Elaun kelab, dan segala tok nenek punya elaun.

“Elaun pengarah juga akan dinaikkan dari RM120,000 kepada RM150,000,” katanya.

Pemegang saham akan mengundi sama ada menerima atau menolak cadangan itu dan beberapa resolusi lain yang dibentangkan dalam mesyuarat hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS