Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Masa berkuasa, Muhyiddin tak peduli pun hierarki Umno'
Diterbitkan:  Jun 23, 2022 2:09 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Pemimpin Umno terus mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melantik menteri dari kalangan pemimpin mereka bagi menggantikan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengingatkan Ismail, sewaktu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkuasa dulu, dia tidak dia tidak peduli pun pada hieraki Umno.

“Dia lantik ikut suka hatinya. 

“Tidak berjawatan dalam MKT (Majlis Kerja Tertinggi) Umno pun dapat jawatan menteri,” kata pemimpin lantang dari Johor itu.

Menulis di media sosial, Puad kini menyindir Muhyiddin sebagai “hidung tak mancung, pipi tersorong sorong” kerana mahu berjumpa Ismail bagi menuntut kerusi Zuraida.

Kelmarin, Muhyiddin mengumumkan bahawa dia sudah menunggu dua minggu untuk bertemu Ismail bagi membincangkan pengganti Zuraida.

Zuraida keluar Bersatu pada 26 Mei untuk menyertapi platform baru Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Setakat semalam, kira-kira sebulan selepas, dia masih menghadiri mesyuarat kabinet.

Lihat Komen
ADS