Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
4,726 miskin tegar di Johor, 83 peratus Melayu
Diterbitkan:  Jun 23, 2022 3:30 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Sebanyak 4,726 orang miskin tegar dengan lebih 83 peratus adalah kaum Melayu direkodkan di Johor setakat 31 Mei lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata data berkenaan berdasarkan statistik Ketua Isi Rumah (KIR) dalam sistem eKasih di negeri itu.

“Daripada 4,726 orang, sebanyak 3,926 orang kaum Melayu tergolong dalam miskin tegar diikuti kaum India (390), kaum Cina (305) dan kaum lain-lain (105),” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Iskandar Puteri hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang) yang ingin tahu statistik didaftarkan dalam eKasih mengikut pecahan kaum dan daerah di Johor.

Khairin-Nisa berkata bagi kaum Melayu, Batu Pahat muncul daerah mempunyai kadar miskin tegar tertinggi iaitu 777 orang, manakala Johor Bahru merekodkan daerah paling ramai kaum India miskin tegar iaitu 136 orang diikuti Cina 90 orang.

“Kaum lain-lain yang terdiri daripada orang asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah 48 orang, juga direkodkan di daerah Johor Bahru,” katanya sambil menambah sebanyak 20,790 orang telah berdaftar dalam eKasih setakat Mei lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS